Buku Pelawat Kami
 

Thursday, February 26, 2009

Perkongsian Iman

Kandungan Perkongsian Iman:
1. Bonda Maria
2. Pra Paskah
3. Mengapa Kita membuat Tanda Salib


1. BONDA MARIA
Kenapa kita Umat Katolik menghormati Bonda Maria.

Bonda Maria memainkan peranan yang amat penting dalam karya penyelamatan. Bonda merupakan Bonda Allah dan Bonda kita juga. Bonda merupakan karya penyelamatan Allah yang termulia dan agung. Bonda adalah terbesar dalam segala ciptaan. Jika tanpa Bonda Maria penyelamat tidak akan dilahirkan. Bonda merupakan Bonda Allah juga. Bukan gereja yang mengatakan begitu tetapi wahyu Tuhan ( Luk. 1:43). Tuhan sendiri mahu kita menghormati dia.

Bonda Maria ditawarkan menjadi bonda Allah. Jika sekiranya Bonda menolak maka tiada kelahiran Yesus dan penyelamatan juga tidak ada. Dosa bermula dari kaum hawa, tetapi penyelamatan juga bermula dari kaum hawa, iaitu apabila Bonda menyatakan dalam petikan Luk. 1:38.

Dasar penghormatan Bonda Maria adalah pada Luk. 1:46-55. Jika kita menghormati Bonda Maria maka kita juga menghormati Allah. Kita tunduk kepada patung Bonda Maria adalah bukan untuk menyembah patung itu tetapi kita menghormati karya penyelamatan Allah ini.

Allah memakai manusia dalam karya penyelamatannya. Maria merupakan perantara dan tuhan menggunakan maria mengabulkan doa. Kalau kita mohon minta doa daripada orang lain, kenapa kita tidak boleh memohon doakan kepada Bonda Maria. Bonda Maria pasti membantu kita dalam doanya. Lihat sahaja apa yang terjadi dalam peristiwa majlis perkahwinan itu. Yesus mengabulkan kemahuan Bonda.

Kita harus meneladani iman Bonda Maria yang rendah hati dan mempunyai iman yang besar.

Cuba bayangkan jika kita menyisihkan ibu kandung kita sendiri?


PERANAN

Siapakah Maria? Maria adalah bunda Yesus, tuhan kita. Luk 1:43 ada menyebut "Ibu Tuhan Ku". Yesus ada dua kudrat iaitu MANUSIA dan ALLAH. Sabda meghidupi Yesus. Yang membezakan kita dengannya ialah Yesus tidak berdosa.

Maria sangat penting dalam karya penyelamatan. Luk 1:38, Maria di dorong Roh Kudus untuk menerima penyelamatan itu.

Dalam kehidupan seharian Bonda Maria, Dia sentiasa menrenung kehidupannya. Ini merupakan teladan kita yang baik. Dia seorang yang rendah hati dan tidak beremosi. Kita harus merenungkan peranan dan kedudukan bonda maria tetapi jangan melebihkan Bonda Maria dengan Tuhan.

Maria merupakan karya seni Allah yang indah. Hormatilah dia dan hargailah dia sebab dia menyerahkan kehidupannya kepada Allah. Apabila kita menghormati dia, kita juga menghormati Tuhan. Bila kita memuji Maria maka Tuhan akan senang dan bahagia kerana karyanya dihargai.

Dalam pelayanan kita Bonda Maria adalah contoh bagi kita, Tuhan memberikan kita tempat dalam pelayanan. Oleh itu dengan rendah hati kembalikanlah segala sesuatu yang datangnya daripada tuhan.

Peranan Maria dalam Gereja

Bonda juaga adalah hasil karya Roh Kudus. Maria merupakan Ibu gereja atau Bonda Gereja yakni ibu yang penuh kasih.

Apa tujuan patung?
Patung Bonda bukanlah berhala yang disembah sepertimana yang digambarkan oleh mereka yang buka Katolik. Tujuannya adalah sebagai TANDA PERINGATAN dan penghormatan. Ianya boleh membantu dalam doa sebagai mengingatkan tuhan terutama sekali bagi iman yang baru bertumbuh. Ianya merupakan barang kudus bagi gereja selain gambar-gambar.

Apakah pula tujuan kita menyimpan gambar bagi mereka yang sudah meninggal, seperti gambar ibu atau ayah. Sudah tentu ia sebagai TANDA PERINGATAN dan penghormatan kita kepada ibubapa kita sebab tanpa mereka siapalah kita. Maka demikianlah halnya patung dan gambar bagi gereja Katolik.


Peranan Bonda Maria dalam Penyelamatan

Maria dan Yesus merupakan Adam dan Hawa yang baru. Sebagaimana Adam dan Hawa telah menyebabkan manusia itu jatuh kedalam dosa, Bonda Maria dan Yesus pula adalah jalan penyelamatan untuk manusia.

Kenapakah Bonda Maria telah dipilih dalam jalan penyelamatan? Sebab dia dipenuhi oleh Roh Kudus, dan hatinya murni dan rendah hati. Bonda adalah yang paling kudus dari orang-orang kudus. Dia penuh dengan karismatik dan memuji tuhan dengan segenap hati. Hatinya sentiasa terarah kepada tuhan. Dia prihatin juga.

Tuhan juga mengutus Bonda Maria dalam perdamaian,Sehingga kini peranan perdamaian Bonda Maria masih lagi diteruskan diseluruh dunia melalui penampakan-penampakannya walaupun urusan perdamaian adalah urusan manusia sejagat. Umpamanya dia Mejgori Yugoslavia dan di Lourds.

Dalam penampakannya di mejgori, telah memberi kesan yang mendalam dalam perkembangan doa dan cara berpuasa. Antara pesan adalah: Bertobat dan berdamai dengan Tuhan, Berdoa, Berpuasa dan penyangkalan diri.

Berdamai dengan Tuhan brmaksud, kita harus pergi membuat pengakuan di hadapan Padri. Akuilah dosa dengan tulus, jujur, dengan rendah hati dan sungguh-sunggu. Padri adalah alat Tuhan sebagai perantaraan. Mereka dipilih dan ditahbis. Membuat pengakuan bukanlah kepada padri tetapi kepada Tuhan.

Penyengkalan diri bermaksud mahu menghindari sesuatu perbuatan yang biasa kita lakukan tetapi yang tidak baik seperti, jika seseorang itu peminum maka dia perlu berhenti dari minum atau berhenti dari merokok.

Bonda Maria menampakkan diri di Lourds adalah untuk prtobatan dan penyembuhan.


MARIA ADALAH BONDA ALLAH

Ketika kunjungan Maria kepada Elizabeth, Elizabeth telah dipenuhi oleh Roh Allah. Ini bermakna Elizabeth dikuasai dengan Sabda Pengetahuan. Pada ketika itulah ia berkata Siapakah aku ini "Ibu Tuhanku" mengunjungi aku. Bermaksud bila Yesus adalah Tuhan maka Maria adalah Bonda Tuhan. Ini merupakan kesaksian. Menurut gereja Katolik Bonda Maria tidak mengandungi noda ketika dilahirkan, iaitu noda asal malah dipenuhi dengan rahmat. Sebab dia adalah pilihan Tuhan, yang telah dibentuknya sejak perjanjian lama lagi. Nubuat tentang Bonda Maria dan Yesus telah ada dalam perjanjian lama. Konsili 1941 menyatakan Maria adalah benar-benar Bonda Allah. Bila dia meninggal tubuh dan jiwa raganya diangkat ke syorga. Dia bukan dikubur. Dia dimahkotai dengan kemuliaan sebagai ratu malaikat dan santo dan santi.

Tokoh-tokoh yang berkembang dalam pelayanan menyebutkan dalam doa mereka dengan meminta pertolongan dari bonda. Devosi kepada Maria sangat penting.

Apakah keuntungan bagi kita Maria?

Bonda Maria sentiasa mendoakan kita kepada Yesus. Pelayanan kita akan sentiasa berkembang sebagai doanya kepada Yesus. Lihat Ayat Mt. 12:46: Ayat ini bukan ditujukan kepada Maria tetapi kepada kita semua. Kalau kita melakukan kehendak Bapa dialah saudara ku perempuan dan lelaki. Maria adalah Bonda Allah dalam rohani dan fizikal. Bonda sentiasa bersatu dengan yesus dalam kasih. Yesus memandang kita sebagai saudaranya dan anak Bonda Maria.

Apabila kita menghadapi cobaan dan kesulitan, baliklah kepada Bonda Maria yang sentiasa menerima kehendak Allah. Bonda mengajarkan kita untuk mencari sesuatu dan bukan mengetahui sesuatu. Bonda terbuka kepada tuhan, begitu juga kita harus terbuka kepada tuhan dalam kehidupan kita setiap hari. Maria wakil bagi seluruh manusia, oleh kerana dia kata "YA" maka keselamatan terjadi. Maria merupakan pintu gerbang Syorga, juga sebagai tangga ke syorga.

Sumber: Ceramah Retret Bonda Maria.


2. PRA PASKAH

Antara lain tujuan Pra Paskah adalah untuk mengukuhkan iman untuk mereka yang bersedia untuk Sakramen Permandian, Sakramen Penguatan dan Sakramen Ekaristi. Para calon mempunyai masa 40 hari untuk memperbaharui iman atau pertobatan.

Selama 40 hari ini kita perlu berpuasa dan berpantang. Hari minggu dalam masa pra paskah tidak termasuk dalam hari puasa kerana hari ini adalah hari kebangkitan sang penebus.

Kenapa 40 hari?
Ini merupakan simbol di mana Yesus juga pernah berpuasa selama 40 hari di padang gurun sebelum memulakan pelayanannya di dunia.

Pra Paskah adalah musim yang suci, musim untuk menerima rahmat dan juga musim untuk menerima penyelamatn.

Pada permulaan Pra Paskah, kita menghadiri Misa Kudus Hari Abu. Kita ditandai tanda salib didahi dengan menggunakan abu. Tandanya adalah sebagai pertobatan dari dosa-dosa kita. Oleh sebab itulah kita ditandai "Bertobatlah dan Percayalah pada Injil."

Pada musim ini, bertobatlah dari dalam hati bukan pada musim Pra Paskah sahaja tetapi sebagai permulaan pertobatan seumur hidup. Adalah sangat penting untuk memperbaharui rohani kita seperti kita memasuki padang gurun rohani kita.

Musim ini juga merupakan retret bagi kita untuk melihat diri sendiri bagi memperbaharui kehidupan.

Ketika Yesus berpuasa di padang gurun, dia melakukan doa dan melihat dirinya sendiri, dia bergantung kepada Bapanya. Ketika dia lapar iblis pun datang mencobai dia. Akhirnya Yesus berjaya. Anda bagaimana dalam 40 hari ini?

3 percobaah yang dilalui oleh Yesus dapat diringkaskan iaitu: Iblis mencoba supaya jangan lagi percaya kepada Tuhan tetapi percayalah kepada diri sendiri. Sebab Yesus dengan kuasanya mampu melakukan apa sahaja. Jika dia percaya kepada diri sendiri buat apa lagi bergantung kepada Tuhan.

Pra Paskah juga mengambil simbol selama 40 tahun umat pilihan Tuhan untuk ke tanah yang dijanjikan. Kenapa 40 tahun? Sebab tuhan mahu mencobai iman mereka sekaligus mahu menguatkan kepercayaan mereka. Percobaan pertama ada pada bab 16. Orang israil ini sememangnya tidak tahan dengan cobaan. Mereka mengatakan "kuali besar berisi daging" bermaksud mereka mahukan hidup lama yang dipenuhi oleh dosa.

Terdapat 3 perkara yang perlu kita buat pada musim Pra Paskah iaitu:

A. Berpusa
Puasa bagi Katolik ialah bukan paksaan tetapi galakan dari Gereja. Apabila kita lapar, ingatlah bahawa kita hidup bukan dari makanan sahaja tetapi kita dihidupkan juga oleh Firman Tuhan. Oleh itu kita perlukan Sabda Tuhan setiap hari.

Bab 17 merupakan cubaan seterusnya di padang gurun. Kejadian in berlaku di Meriba. Percobaan ini juga berlaku kepada kita. Contohnya bila kita sakit. Kita akan berkata adakah Allah ada disisi kita?

Batu yang diambil oleh Musa merupakan Yesus Kristus. Jangan mencobai Tuhan.

B. Berdoa
Kita bercakap-cakap dengan Tuhan ketika kita berdoa. Bergantunglah sepenuhnya kepada Tuhan. Janganlah lagi mencobai dia. Doa menolong kita mengenepikan daripada cobaan dari si jahat. Hanya dengan doa sahaja kita dapat mengatasi segala cobaan.

Percobaan ketiga bagi Yesus, iblis menyuruh supaya menyembahnya bermaksud kita menjual diri kita kepada kekuasaan kejahatan. Dia menawarkan kemewahan dan kekayaan dan yesus bolehlah berbuat apa sahaja dia suka. Sekali lagi iblis mahu kita supaya menjauhi segala rahmat dari Tuhan.

Percobaan yang ketiga untuk umat Israel ialah membuat patung anak lembu. Harun menyuruh umat menanggalkan anting-anting serta gelang semata-mata untuk membuat lembu. Dalam percobaan ini, mereka telah membuat tuhan mereka sendiri dari bahan yang mereka miliki sendiri. Hal sedemikian juga terjadi kepada diri kita sendiri. Sebolehnya kita tidak benarkan Tuhan campurtangan dalam hidup kita. Kita lebih suka menyembah diri sendiri, iaitu milik kita sendiri, sepertimana patung lembu dibuat dari bahan yang dimiliki sendiri.

c. Menderma
Menderma sebenarnay membantu diri kita sendiri. Apabila menderma kita katakan bahawa duit ini bukan tuhan saya. Gereja menggalakkan kita menderma bagi mengelakkan diri kita menjadi seperti umat pembuat patung lembu. Oleh itu Gereja menyediakan sampul surat dan peti derma sepanjang pra Paskah ini.

Musim Pra Paskah ini, kita harus berjaga-jaga dan berdoa, kerana semakin kita baik, semakin itulah iblis datang untuk mencoba. Pada musim ini Tuhan mahu kita supaya kembali kepadanya. Marilah berjalan bersama Kristus untuk membaharui iman selama 40 hari ini.

Sumber: Ceramah musim Pra Paskah.


3. MENGAPA KITA MEMBUAT TANDA SALIB

Menurut Rasul Paulus terdapat dua kelompok manusia, iaitu Orang-orang yang menolak Yesus Kristus dan yang kedua ialah orang-orang yang menerima Yesus Kristus. Orang yang percaya kepada Yesus adalah yang menerimanya dan mahu diselamatkan. Orang-orang yang percaya dan mahu diselamatkan ini juga adalah yang percaya kepada Allah Tritunggal iaitu Bapa dan Putera dan Roh Kudus.Apabila kita menyebut Bapa dan Putera dan Roh Kudus,ianya mengingatkan kita kepada pembaptisan kita bahawa kita dipanggil untuk menjadi tempat Tinggal Allah tritunggal. Inilah umatnya iaitu umat Katolik.

Jika anda percaya dan menerima Yesus dalam kehidupan dan mahu menerima Salib Yesus, menandakan anda tidak ragu-ragu lagi untuk menerima tanda salib itu.

Sebab pemberitaan tentang salib memang adalah kebodohan bagi mereka yang akan binasa, tetapi bagi yang diselamatkan pemebritaan itu adalah kekuatan Allah(1 Kor 1:18)

Ayat di atas cukup jelas untuk menerangkan perenggan sebelumnya. Bagi mereka yang tidak percaya tetap akan menolak dan mereka inilah yang tidak diselamatkan. Umat yang percaya dan menerima salaib itu adalah anak-anak yang menyebelahi Allah.

Tuhan Yesus telah wafat dikayu salib kerana kehendak Allah Bapa. Percayalah bahawa kehendak Bapalah kita menerima salib itu. Sebab Allah Bapa ada di dalam Yesus dan Yesus ada di dalam Allah Bapa.

Menurut Tradisi, tanda salib pertama sekali dibuat oleh Santo Yohanes Chrysostomus sebelum dia berdoa. sementara St. Gregorius dari nusiansa menyebut pertama kali Allah Bapa, Allah Putera, dan Allah Roh Kudus.Singkatannya ialah Dalam Nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, Amin.


Apabila seseorang itu mendapat berkat dengan tanda salib, itu adalah tanda berkat dari Than Yesus sendiri.

Membuat tanda salib adalah cap yang terikat dalam diri kita. Membuat tanda salib yang dilihat oleh orang lain merupakan bentuk pewartaan injil dengan gerakan tangan. Ianya juga pernyataan kita bahawa kita adalah pengikut Yesus Kristus. Dengan tanda salib ini jugalah kita memberitahu orang lain bahawa kita adalah umat Katolik.

Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang mengaku aku di depan manusia, Anak Manusia juga akan mengakui dia di depan malaikat-malaikat Allah. Tetapi barang siapa menyangkal Aku di depan manusia ia akan disangkal di depan malaikat-malaikat Allah (Luk 12:8-9)

Di dalam sali ada keselamatan, ada kehidupan, kia berlindung dari musuh-musuh kita iaitu setan, iblis dan roh-roh jahat.

Jika kita malu mengakui bahawa kita adalah pengikut yesus, maka kita juga menyangkal bahawa Tuhan Yesus adalah Juruselamat dan Penebus kita. Tuhan Yesus terus tergantung di atas kayu salib untuk memikul malu kita sekaligus memikul dosa-dosa kita.

Penderitaan Tuhan Yesus di kayu salib menunjukkan kehinaan dan kebodohan. Bahkan mereka yang tidak percaya yakin bahawa salib itu tidak bergunapun, tetapi hanyalah sia-sia sahaja. Tetapi harus diingat dari kehinaan dan kesengsaraan inilah umat manusia diselamatkan oleh Tuhan Yesus. Ia merupakan suatu berkat dan kemuliaan.

Di atas kayu salib inilah Tuhan Yesus telah dipermalukan, direndahkan dan dihina oelh para perajurit Romawi. Namun ia rela kerana demi kasihnya kepada kita. Jika anda terhina hanya kerana membuat tanda salib, janganlah berkira kerana ianya tiada erti jika dibandingkan dengan kehinaan yang ditanggung oleh Yesus.

Membuat tanda salib tidak sesat, malah kita diberkati oelhnya. Kita sebenarnya memuliakan Allah dengan tanda salib. Kita memberkati diri sendiri dari dari Allah.

"Barang siapa mendengarkan kamu, ia mendengarkan Aku dan barang siapa menolak kamu, ia menolak Aku dan barang siapa menolak Aku, ia menolak Dia yang mengutus aku" (Luk 10:16)

Para bapa-bapa, pengganti-pengganti, dan para penerus ajaran Rasul dalam gereja telah meneruskan firman ini. Allah tritunggal merupakan iman orang kristian. Ia merupakan pokok iman kerana Pembaptisan. Oleh itu apa yang diteruskan itu wajib kita imani, dengar, terima dan meneruskan kepada sesama seiman. Membuat tanda salib adalah warisan yang harus kita imani.

Membuat tanda salib bererti mengimani, mengiyai (mengamini) Tuhan Yesus. Tnda salib yang dibuat oleh gngster atau mafia selepas melakukan jenayah dalam filem barat adalah salah. Itu bukan maksudnya.

Nyatakanlah dengan rendah hati, "Ini aku ya Tuhan." (Rujuk: Kej 22:1, Kel 3:4, 1Sam 3:4, Yes 6:8, Luk 6:30 dan Ibr 10:7) Ianya sangat disukai oleh Allah Bapa kita. Kata-kata ini mengungkapkan rahsia ketaatan kepada Allah.

Ayat-ayat ini menunjukkan kita hadir ketika dipanggil dengan menjawab "Ya". Namun manusia telah ditandai kehilangan jawapan ini, yang dimulai oleh Adam. Ketika Allah memanggil Adam dia tidak menjawab "Ini aku Bapa" sebaliknya dia bersembunyi kerana rasa berdosa.(kej 3:10) Begitulah halnya kita dengan tanda salib, denga tanda salib kita mengatakan "Ya" kepada Allah Bapa.

"DEMI NAMA BAPA, PUTERA DAN ROH KUDUS. AMIN

SUMBER:Mengapa Kita Membuat Tanda Salib? oleh Evert P. Kalumata






Petikan dipetik daripada www.ourchurch.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

Previous Posts

 

Testimonial: Perkongsian Iman Copyright © 2008 | Webpage Designed by Schoffal @ Charles Moiji | Supported by Google Blogger | Guestbook